Kota Tarakan, Indonesia

Lahir dan membesar dalam daerah yang berhampiran dengan sempadan antarabangsa adalah sesuatu yang unik. Daripada cerita orang-orang tua serta sedikit pengetahuan geografi, saya maklum bahawa tidak jauh dari daerah saya terdapat beberapa penempatan/wilayah negara jiran yang berpenduduk dan agak menarik dikunjungi. Salah satu darinya ialah Kota Tarakan. Walaupun kota ini dikhabarkan tidaklah terlalu jauh, namun tidak ramai sebenarnya dalam kalangan ahli keluarga atau penduduk di daerah kami yang pernah ke sana. Mungkin kekurangan pengetahuan tentang proses imigresen dan maklumat tentang kota ini menjadi halangan utama. Justeru, sejak sekian lama timbul tandatanya dalam diri ada apa yang istimewa di Kota Tarakan. Persoalan ini akhirnya menarik perhatianku untuk menyimpan hasrat mengatur sesi kembara ke sana suatu hari nanti. Daripada maklumat sedia ada, saya difahamkan medium pengangkutan untuk ke Tarakan adalah melalui perkhidmatan feri yang berpangkalan di Tawau dan mengambil masa 3 jam pelayaran. Namun, pada bulan Februari yang lepas satu lagi alternatif lain iaitu melalui udara sudah boleh digunakan dengan pengenalan perkhidmatan penerbangan ke Tarakan oleh Syarikat Maswings. Dengan adanya pengangkutan udara, kini perjalanan ke Tarakan sudah menjadi mudah dan lebih cepat serta selamat.

Pusat Kota Tarakan dari Swiss Belhotel

Memandangkan pihak MASwings telah mengadakan promosi ke Tarakan dengan menawarkan tambang yang murah sebagai pengenalan laluan baru, saya telah mengambil peluang ini untuk meneroka Kota Tarakan buat pertama kali. Saya akan catat pengalaman perjalanan tersebut pada entry yang berikutnya nanti.

Advertisements

About kembara gemilang
Seorang yang minat mengambil ruang dan peluang untuk meneroka, menjelajah dan menikmati alam ciptaan Ilahi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: