Trip ke Tarakan Hari Pertama

Salam, Perjalanan ini saya lakukan pada bulan Mac 2012 semasa cuti sekolah. Saya menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara Penerbangan Maswings yang pada masa itu baru sahaja memperkenalkan laluan Tawau-Tarakan selain laluan Kuching-Pontianak. Semenjak awal pagi lagi saya sudah bertolak ke Airport Tawau kerana bimbang terlepas penerbangan. Beberapa minggu sebelum bertolak saya telahpun membuat review tentang Tarakan melalui pembacaan di internet. Tempahan hotel juga telah dibuat lebih awal supaya tidak ada masalah nanti di negara orang. Sesiapa yang bercadang melakukan penerbangan antarabangsa dinasihatkan datang lebih awal kerana proses check in dan pengesahan imigresen di balai berlepas mengambil masa yang agak lama berbanding penerbangan dalam negeri.

Pukul 10.10 pagi pesawat Maswings yang kami naiki berlepas dari Airport Tawau dalam keadaan cuaca pagi yang cerah namun sedikit berawan di pertengahan perjalanan. Ini adalah pengalaman pertamaku melalui laluan baru merentasi udara Pulau Sebatik, Pulau Nunukan, Pulau Bunyu yang terkenal dengan perusahaan arang batu dan seterusnya area Pulau Tarakan. Di ruang udara sebaik sahaja pesawat berlepas, saya mengisi borang ketibaan ke Indonesia. Borang ini adalah prosedur biasa yang perlu diisi dalam mana-mana perjalanan antarabangsa atau memasuki sempadan sesebuah negara. Bagi sesiapa yang ingin menikmati pemandangan udara yang cantik sepanjang penerbangan, adalah dinasihatkan mengisi borang ini lebih awal sebelum pesawat berlepas.Tumpuan saya agak terganggu dek kerana sibuk mengisi borang tersebut. Sebelum pesawat mendarat, saya terpesona dengan view perairan Pulau Tarakan di mana terdapat banyak kawasan bakau yang kelihatan berpetak-petak…dan daripada pemerhatianku ia adalah kolam yang dibuat samada untuk menternak udang mahupun ikan. Kami mendarat lebih kurang  pukul 10.40 pagi di Bandara (Airport) Juwata, Tarakan. Untuk info, waktu Tarakan sama dengan Malaysia.

Setelah melalui proses pemeriksaan imigresen dan kastam yang agak lama, saya masuk ke balai ketibaan. Saya disambut oleh pihak hotel yang sudah siap dengan van mereka. Mudah sahaja saya berjumpa dan mengenali mereka kerana nama saya sudah terpampang semasa saya tiba di balai ketibaan. Perkhidmatan pengangkutan ini disediakan secara percuma oleh pihak hotel. Oh ya…saya menginap di Swiss Belhotel sepanjang saya berada di sana.

Sebaik sahaja tiba di hotel…selepas check in dan rehat sebentar, saya menikmati makan tengah hari di dalam hotel. Walaupun agak mahal..saya memutuskan untuk memilih makan di hotel kerana saya agak penat dan masih tidak tahu lagi mana-mana kedai makan yang berhampiran. Hari pertama ini diisi dengan aktiviti jalan-jalan santai di persekitaran hotel sahaja sehinggalah ke waktu malam. Kesimpulan hari pertama dari pemerhatian saya tentang Kota Tarakan ini ialah..kota yang agak padat namun bersih, jalan yang sibuk(meriah) dan banyak penunggang motosikal yang lalu lalang di jalanraya dari pagi hinggalah ke tengah malam(mengalahkan bilangan motor di KL). Ok itu sahaja untuk hari pertama… Pengisian hari kedua akan bersambung nanti…

Advertisements

About kembara gemilang
Seorang yang minat mengambil ruang dan peluang untuk meneroka, menjelajah dan menikmati alam ciptaan Ilahi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: