TRIP KE TARAKAN HARI KEDUA (PART 1)

Hari Kedua

Pengisian hari ini telah dirancang dengan edisi jelajah di luar kawasan pusat Kota Tarakan. Saya telah menyewa seorang supir/pemandu yang akan menemani saya sepanjang hari hingga ke malam.

Selepas sarapan di hotel, pak supir yang sudah sedia menunggu di luar hotel siap untuk membawa saya memulakan perjalanan. Destinasi pertama adalah menyusur jalan arah ke timur iaitu laluan utama untuk ke Airport Tarakan. Melepasi kawasan airport pak supir membawa saya ke salah satu destinasi penting yang menjadi mercu tanda budaya daerah Tarakan iaitu Pusat Kebudayaan Suku Kaum Tidong. Pusat ini merupakan satu kompleks yang unik terdiri dari beberapa blok bangunan tradisional. Di dalamnya terdapat dewan untuk mengadakan persembahan kebudayaan serta ruang untuk mempamerkan segala hal-ehwal mengenai suku Tidong yang merupakan penduduk asal di pulau ini. Para pelawat yang ingin mendapatkan cenderahati khas suku Tidong juga boleh membeli di sini.

Selesai lawatan singkat di pusat kebudayaan tersebut, perjalanan diteruskan pula ke bahagian tengah dan timur Tarakan. Kami melalui zon yang saya anggap kawasan pentadbirian Tarakan kerana menempatkan banyak bangunan dan pejabat-pejabat kerajaan. Di satu kawasan berhampiran Stadium Tarakan, saya kagum melihat mesin/alat menyedut minyak mentah(petroleum) yang  terletak di tepi jalan sahaja. Pemandangan ini saya kira sesuatu yang baru kerana tiada di tempat sendiri. Bagi masyarakat tempatan di sini, ia bukanlah benda yang menghairankan malah membanggakan kerana sememangnya pulau Tarakan adalah pengeluar minyak mentah sejak dahulu lagi.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kami tiba di kawasan Universitas Borneo Tarakan. Wah ! hebat… bukan sahaja pengeluar minyak mentah… pulau kecil ini juga mempunyai pusat pengajian tinggi sendiri. Sedikit info, universiti ini baru sahaja ditubuhkan dan dirasmikan oleh Presiden Indonesia SBY. Ia menawarkan beberapa pilihan kursus peringkat ijazah antaranya bidang kesihatan dan pertanian. Amacam warga Semporna/Tawau…ada sesiapa yang berminat belajar di luar negeri ?….tidak jauh tu….40 minit saja dari Tawau. Tapi jangan perasan ya..nampaknya universiti ini tiada pun menawarkan pakej untuk pelajar luar Indonesia. Dalam senarai e-sisraf (pengiktirafan JPA) pun…universiti ini tiada dalam senarai mereka (mungkin masih baru).

Pantai Amal tidak jauh dari universiti tadi, merupakan destinasi kami yang seterusnya. Pantai ini memang terkenal dan menjadi tumpuan penduduk Tarakan menikmati hujung minggu. Walaupun dipanggil pantai, sebenarnya Pantai Amal (berdasarkan pemerhatian saya) tidak mempunyai pantai berpasir kerana ia telah ditambak ekoran hakisan ombak yang serius. Terdapat dua pantai di kawasan tersebut iaitu Pantai Amal lama dan Pantai Amal baru. Bagi sesiapa yang ingin menikmati makanan laut segar seperti kerang/lokan, terdapat banyak deretan warung yang menyajikan makanan tersebut di pantai Amal. Saya tidak makan di situ kerana masih kenyang lantaran baru mengambil sarapan di hotel. Namun di satu warung yang satu-satunya berada di gigi air, saya telah mengajak pak supir untuk minum kelapa muda sambil menikmati pemandangan dan bayu segar dari laut. Dari kejauhan Pulau Bunyu kelihatan sayup-sayup dan banyak kapal yang membawa arang batu belayar dari arah sana….. entry ini akan di sambung..tq.

Advertisements

About kembara gemilang
Seorang yang minat mengambil ruang dan peluang untuk meneroka, menjelajah dan menikmati alam ciptaan Ilahi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: