Trip ke Tarakan hari kedua (Part 2)

sambungan part 1…

Sebaik sahaja selesai menikmati air kelapa muda di Pantai Amal, perjalanan diteruskan kembali ke pusat Bandar. Kami melalui kawasan pelabuhan Tarakan sebelum tiba di kawasan bandar.

Memandangkan perut sudah mula berkeroncong, saya meminta pak supir mencadangkan tempat makan yang sesuai di bandar. Akhirnya, setelah mengambil kira beberapa pilihan kami memutuskan untuk makan di Kedai Ikan Bakar (lupa nama) milik seorang pak haji. Saya difahamkan, pemilik kedai tersebut sedang menunaikan umrah pada masa itu. Pada mulanya, kedai agak lengang. Kamilah pelanggan kedua pada masa itu. Namun, tidak lama selepas itu keadaan menjadi sesak apabila ramai rombongan datang menikmati makan tengah hari di situ. Rombongan itu adalah sebahagian daripada peserta program khas bertemakan “Wanita” yang melibatkan perwakilan seluruh Kalimantan. Semua hotel dan kereta Sewa di Tarakan penuh pada masa itu. Kiranya saya agak bernasib baik kerana telah mengatur semuanya lebih awal.

Selesai makan tengah hari, saya kembali ke hotel untuk berehat dan menunaikan solat.

Perjalanan diteruskan pada waktu petang. Destinasi kami adalah ke Pusat Rekreasi Bekantan (kalau di Sabah dipanggil Bangkatan atau monyet belanda). Pusat ini terletak di tepi bandar Tarakan dan bersebelahan dengan kawasan perumahan kampung atas air. Setiap pengunjung dikenakan sedikit bayaran untuk memasuki kawasan ini.

Inilah panorama di Pusat Pemulihan Bekantan

 

Dipendekkan cerita, pada waktu malam..pak Supir membawa saya menikmati makanan Seafood di Rumah Makan Kampung Nelayan yang boleh dikategorikan terletak di luar kawasan bandar Tarakan. Restoran ini berada di kawasan perumahan. Alhamdulillah…merasa juga akhirnya  menu Tomyam yang agak sukar dicari di tengah-tengah bandar selain di hotel tempat saya menginap. Selesai makan…balik hotel…rehat…dan selamat malam.

Advertisements

About kembara gemilang
Seorang yang minat mengambil ruang dan peluang untuk meneroka, menjelajah dan menikmati alam ciptaan Ilahi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: