CATATAN PERJALANAN PERTH, AUSTRALIA 2010 BAHAGIAN 1

CATATAN PERJALANAN_ AUSTRALIA (PERTH)

 

Bahagian 1 PENGENALAN

Perth merupakan ibu negeri bagi Wilayah Australia Barat (Western Australia). Bandar ini merupakan satu-satunya bandar Australia yang terasing dari bandar-bandar lain di negara Kanggaru ini. Bukan sahaja agak terasing, malah keadaan tenang  dan lengang di sini menyebabkan ia popular dengan gelaran “Lonely City”. Bagi yang suka akan suasana yang sibuk, mungkin Perth dianggap bandar yang membosankan untuk sesetengah orang. Namun secara peribadi saya amat suka dengan suasana tenang dan nyaman di sini. Apa tidaknya, Perth mempunyai beberapa keunikan yang sukar ditemui di kota-kota yang lain. Antaranya:

1. Perkhidmatan Bas PERCUMA untuk perjalanan dalam bandar ( Boleh naik dan turun di mana-mana sahaja hentian bas tanpa had) . Perkhidmatan ini disediakan oleh Bas CAT yang dibiayai oleh kerajaan Australia.

2. Tiada kesesakan lalulintas/kenderaan di tengah bandar ( Mungkin kerana semua orang samada penduduk atau pelancong lebih suka menaiki bas percuma ! ).

3. Suasana iklim bandar Perth amat nyaman dan suhunya agak sejuk walaupun ketika waktu tengah hari. Ini disebabkan kedudukannya yang berada di bahagian selatan bumi dan berhampiran dengan Kutub Selatan (Antartik).

4. Landskap menarik. Perth mempunyai banyak landskap dan taman-taman (park) menghijau yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok. Ada antaranya yang telah bersaiz kayu balak  ditanam secara terancang semenjak tahun 1929 lagi !. Cuba bayangkan… semenjak bertahun-tahun lamanya mereka sudah pun mempunyai perancangan dan kesedaran yang tinggi terhadap keperluan mewujudkan suasana tenang untuk penduduk bandarnya. Salah satu keunikan yang menarik perhatian saya di sini…banyak pokok liar yang bunga / daunnya berwarna ungu. Pokok liar ini boleh kelihatan dengan jelas dari atas kapal terbang dan juga menghiasi laluan sepanjang jalan. (maaf, saya tidak pasti nama pokok berkenaan).

5. Penduduk mesra. Di bandar ini (mungkin sudah menjadi adat dan budaya orang Barat) mereka sangat peramah. Perkataan yang sentiasa dibibir mereka seperti “Hello”…”sorry” “Thank You Very Much” sentiasa kedengaran di mana-mana sahaja. Malah ada sahaja dalam kalangan mereka yang sudi menawarkan bantuan mengambil gambar untuk kita ( Macam diaorang tahu-tahu saja kita ni nak minta tolong ). Lagi satu walaupun mereka bukan jenis “Busybody” dan suka buat hal sendiri (macam sombong) tetapi mereka akan tersenyum dan melayan kita apabila kita mulakan perbualan atau bertanya sesuatu.

Namun…kata orang tiada benda yang sempurna dalam semua segi. Saya akan “postkan” bahagian kedua berkenaan kekurangan yang saya temui di sini pada hari yang lain. Jumpa lagi.

Bandar Perth dari Sungai Swan River. Suasana langit biru tak berawan satu pemandangan biasa di sana. Walau kelihatan panas, namun agak sejuk ketika foto ini diambil.

Pemandangan di Kings Park & Botanic Garden. Kelihatan pokok besar yang ditanam pada tahun 1929. Di bahagian pangkal setiap pokok terpacak papan tanda nama-nama pegawai yang menanam pokok tersebut.

Pokok berwarna ungu yang menghiasi laluan sepanjang jalan.
Advertisements

About kembara gemilang
Seorang yang minat mengambil ruang dan peluang untuk meneroka, menjelajah dan menikmati alam ciptaan Ilahi

2 Responses to CATATAN PERJALANAN PERTH, AUSTRALIA 2010 BAHAGIAN 1

  1. Kharuddin bin Md.Yusoff says:

    Saya sudah berada di-Perth pada tahun 2001 itu pun mengikut rombongan syarikat saya pada bulan Jun selama 5hari dan 4malam. Itulah penerbangan antarabangsa yang pertama saya lalui. Sebelum berlepas kePerth saya dapat tiket penerbangan kelas pertama . Saya ingat tiada bezanya tapi saya terkejut nama saya dipanggil oleh crew pesawat dan mempersilakan ke tempat duduk yang tercatat sama pada tiket kapalterbang. Selama 5jam lebih saya diperut pesawat saya dilayan bagaikan orang kenamaan.Terima kaseh pada crew MAS .Memang patutlah MAS dapat anugerah Crew Cabin terbaik didunia. SYABAS sekali lagi.Setibanya diPerth Airport saya melalui pemeriksaan immigresin dan kastum dan saya tiada menghadapi masalah dengan mereka. setiba dibalai ketibaan saya tak percaya saya sudah berada di negara kanggaro. Suasana diluar amat sejuk walaupun jam menunjukkan waktu tengahhari.Kami terus ke hotel tempat penginapan dalam 20minit perjalanan dan yang menakjubkan tiada kesesakan lalulintas,tiada potong Q, tiada stress pada semua pemandu disana………sambung

  2. Pengalaman paling manis dan sukar dilupakan adalah apabila kita menjejak kaki ke satu wilayah asing buat kali pertama apatah lagi tempat tersebut sekadar pernah dibaca dan tidak pernah terfikir pun sampai ke sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: