CATATAN PERJALANAN PERTH, AUSTRALIA 2010 BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 2:  HARI PERTAMA

Tepat 11.50 malam penerbangan kami berlepas dari Kuala Lumpur. Penerbangan ke Perth melalui ruang udara Indonesia mengambil masa 5 jam lebih . Sebahagian besar penumpang yang bersama kami pada malam berkenaan adalah orang kulit putih. Saya duduk bersebelahan dengan seorang wanita berbangsa Cina. Agak peramah juga orangnya.  Sepanjang dalam penerbangan, hati ini terpukau dengan keindahan sinaran cahaya bulan yang menerangi alam semesta dan lautan luas pada waktu malam. Sungguh indah alam ciptaan Ilahi.

Setelah menempuh tempoh penerbangan yang agak lama bagi saya, tepat jam 4.30 pagi kami sudah pun berada di ruang udara benua Australia (Australia Barat). Dalam kesamaran, bentuk muka bumi dan kawasan penempatan sudah mula kelihatan dan akhirnya penerbangan kami mendarat pada jam 5.00 pagi. Lebih awal dua puluh minit daripada yang dijadualkan. Pada masa itu, kawasan Lapangan Terbang Perth sudah pun terang benderang. Untuk makluman, waktu(jam) Perth adalah sama dengan Malaysia. Memandangkan pada masa itu musim panas (November), matahari terbit lebih awal sejam dan terbenam lewat sejam. Ini bermakna siangnya lebih panjang dan banyak masa terluang bagi pelancong untuk menjalankan aktiviti.

Tiba di dalam terminal, kami melalui proses pemeriksaan Imigresen. Agak berdebar juga perasaan pada masa itu. Ini kerana sebelum bertolak ke Perth, saya telah mendengar banyak maklumat yang menyatakan pihak Imigresen Australia amat ketat dan tegas dalam pemeriksaan dokumen. Kesilapan sedikit membawa musibah yang besar. Rakan saya pernah ditahan lebih 2 jam di Airport Australia untuk pemeriksaan dan siasatan. Malah terdapat kes pelancong cuma sempat tiba di Airport sahaja, namun tidak dibenarkan masuk kerana masalah dokumen.

Dipendekkan cerita, setelah melalui pemeriksaan Imigresen dan Kuarantin, kami tiba di balai ketibaan. Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa masalah timbul. Walaupun petugas kelihatan tegas, terdapat juga dalam kalangan mereka yang murah dengan senyuman terutama petugas-petugas bahagian Kuarantin (AQIS) yang sebahagiannya adalah wanita. Sebaik melangkah keluar dari Terminal Airport “ Welcome to Australia”, itulah yang terdetik di hati. Seperti tidak percaya, saya telah memijak Bumi Kanggaru. Bukan dalam … tv … buku… mimpi atau apa saja…tapi realiti. Dalam hati “Mana Kanggaru-kanggaru ni tak nampak pun…nanti ko Kanggaru…siap sedia ko…hehe”.

Dari Airport kami menaiki teksi menuju ke Pusat Bandar. Jaraknya lebih kurang 12 km mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sepanjang perjalanan, pemandu teksi yang peramah itu memandu sambil memberi penerangan tentang pemandangan sepanjang jalan. Pemandu berkenaan sebenarnya warga Eropah yang telah pun mendapat kewarganegaraan Australia atau OZ (panggilan singkat bagi Australia). Sekadar info, sebahagian dari warga Australia bukan lahir di sini. Malah terdapat juga orang asal Malaysia yang saya temui di sini telah mendapat kewarganegaraan Australia.

Kami sampai di hotel tempat menginap pada pukul 6.30  pagi. Tempahan telah dibuat 3 bulan lebih awal sejak dari Malaysia . Oleh kerana ketibaan kami terlalu awal, bilik masih tidak tersedia. Namun, barang dan beg kami telah disimpan di stor khas yang disediakan oleh pihak hotel.

Sementara menunggu masa mendaftar masuk, kami mengambil kesempatan bersiar-siar di tengah bandar dalam keadaan suhu yang agak sejuk (macam di Kundasang) sambil meninjau restoran-restoran halal. Setelah menikmati makan tengah hari di Restoran Kebab milik warga Turki (yang sangat tidak sedap sosnya), kami “check in” dan rehat sepanjang hari. Untuk info, sepinggan Nasi Lemak di sini bernilai AUD8.00 ( RM 24.00 ), alamak ! …. oleh itu…hargailah nilai makanan kita di Semporna.

Imej Satelit: Laluan penerbangan dari KL ke Perth.

Pemandangan di luar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Perth

Lihat Logo Penerbangan Kebangsaan Kita: MAS

Perth International Airport

Lengang: Dari dalam teksi. Jalan menuju ke pusat bandar

Laluan masuk ke Pusat Bandar

Awal pagi, jalan masih lengang.

Restoran Indonesia Indah. Salah satu restoran halal milik warga Indonesia di Perth. Kalau masuk, perlu turun tangga kerana ruang makannya berada di bawah.( Tingkat bawah tanah)

Replika Kanggaru di Supreme Court Garden

Suasana pagi Bandar Perth. Bersih, nyaman dan tenang.

Lagi Replika Kanggaru sedang minum air. Kesian burung seekor tu, ndak ada kawan.

Kolam pancuran air. Menghadap ke Swan River. Foto ini diambil dari arah Swan Bell.
Advertisements

About kembara gemilang
Seorang yang minat mengambil ruang dan peluang untuk meneroka, menjelajah dan menikmati alam ciptaan Ilahi

4 Responses to CATATAN PERJALANAN PERTH, AUSTRALIA 2010 BAHAGIAN 2

  1. hayati binti jemain says:

    Saya ingin menyertai kembara gemilang ke destinasi perth australia. Pemandangan d perth memang tercantik sekali. Kawansan yang bersih dan terindah. Saya bercita2 ingin menjejak kaki ke perth australia untuk melihat sendiri btapa indah nya pemandangan d sana.

    • Ya..Perth sememangnya bandar yg tenang, nyaman dan bersih. Saya sarankan rakyat Malaysia yg ingin melancong ke Australia memilih Perth sbg destinasi pertama sebelum ke bandar2 yg lain.
      Semenjak akhir2 ini, rancangan TV dan majalah telah bnyk menerbitkan slot mngenai bandar ini sehinggakan Perth kelihatan amat istimewa. Inilah yg telah memanggil saya untuk berkongsi apa yg saya lalui agar ia sentiasa segar dlm memori sepanjang masa…ya! kenangan yg mngkin juga sekali dlm hidup.
      Bermula dari Perth pd 2010 akhirnya telah membawa saya untuk meneroka rahsia dn keunikan bndr2 lain di OZ. Insya Allah selesai entry Perth… Sy akn postkn kembara 2012 di Canberra, Melbourne dan Sydney.

  2. Samsiah says:

    Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
    owner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: