Trip ke Melbourne-Sydney-Canberra 2012_Hari Pertama (Part 1)

Pengenalan

Tanggal 26 Mei 2012 sekali lagi sejarah tercipta dalam diari kehidupanku. Buat kali kedua impian menjejaki Australia akhirnya tercapai. Kali ini saya dan isteri mencuba destinasi yang lain pula. Berbekalkan carian dalam internet dan maklumat dari blog serta capaian ‘Google Earth” kami mengembara ke Melbourne (Victoria), Sydney (New South Wales) dan Canberra (Austalia Capital Territory). Seperti biasa saya akan kongsikan catatan perjalanan mengikut tentatif harian yang telah saya rancang lebih awal dari tanah air.

Hari Pertama

Seawal jam 7.00 malam kami sudah mula check in. Penerbangan Antarabangsa khasnya ke Australia dibuka untuk “check in” dan pemeriksaan 3 jam sebelum waktu pelepasan. Seperti biasalah, saya sangat teruja dan tidak sabar lagi menunggu untuk “boarding”. Masa 3 jam di Airport terasa sangat lama. Untuk mengisi masa terluang, saya mengambil kesempatan mengambil gambar suasana dalam airport LCCT dan memuat turun beberapa keping gambar dalam FB saya. Jam 10.00 malam kami sudah mula keluar dari balai menunggu untuk menaiki pesawat. Di hadapan kami, pesawat Airasia X jenis Airbus A330-300 sudah sedia menunggu. Saya sangat kagum melihat pesawat ini yang jauh lebih besar dari pesawat untuk kegunaan domestik. Tepat jam 10.30 malam, pesawat Airasia X yang kami naiki berlepas dari LCCT. Subhanallah ! semasa pesawat dalam pendakian ke udara saya terpegun melihat keindahan bulan sabit yang menyinari ruang udara malam pantai barat Semenanjung.

8 jam dalam penerbangan malam, tidak banyak yang dapat dilakukan. Sekejap melihat ke tingkap pesawat, sekejap tidur sekejap membaca majalah dalam pesawat. Begitulah rutin saya bersilih ganti. Saya tidak nyenyak tidur dalam pesawat dalam keadaan duduk dibangku. Apa yang bermain dalam kepala saya ialah memohon kepada Ilahi semoga perjalanan dan sesi kembara kami pada kali ini berjalan dengan lancar dan dijauhkan dari segala malapetaka. Lebih kurang jam 5 pagi, dalam pandangan malam yang gelap, saya sudah mula melihat lampu-lampu bercahaya di bawah kami. Pada masa itu, saya sedar kami sudah pun berada di ruang udara benua Australia.

Jam 7.00 pagi, landskap ruang udara wilayah Victoria sudah mula kelihatan. Saya cukup bertuah kerana dapat menyaksikan sebuah pesawat penumpang berselisih dengan pesawat kami dari arah bertentangan. Saya sempat merakam peristiwa tersebut. Dari tingkap pesawat, pemandangan di bawah sungguh mempersona. Tenang minda dan perasaan melihat padang ragut menghijau bak hamparan permaidani di waktu subuh. Lembu-lembu sudah mula bertaburan di padang yang seluas saujana mata memandang itu sambil menikmati “santapan pagi” segar mereka.

Jam 8.20 pagi pesawat kami mendarat di Melbourne seperti yang dijadualkan. Kami melalui proses pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Kuarantin. Pihak Imigresen bertanya soalan asas kepada saya seperti “Sudah berapa kali ke Australia” dan “Berapa lama berada di sini”. Di bahagian kuarantin, kami bersama beberapa orang yang baru tiba telah diarahkan untuk berbaris sambil meletakkan beg masing-masing di lantai. Ini adalah proses yang perlu dilalui untuk tujuan pemeriksaan oleh anjing pengesan. Walaupun sebelum ini saya pernah ke Perth, namun saya tidak pernah melalui proses pemeriksaan seperti ini. Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa yang ditemui dalam beg kami oleh anjing tersebut. Namun, seorang pelancong kulit putih betul-betul di belakang saya telah dibawa ke bilik khas kerana anjing pengesan telah menghidu sesuatu di dalam beg pakaiannnya.

Sebaik sahaja proses pemeriksaan selesai, kami melangkah keluar ke balai ketibaan. Syukur Alhamdulillah selamat sampai….akhirnya kami dah sampai di Bumi Melbourne kota fesyen dan antara bandar yang paling sejuk di Australia. Aduh…sejuuuuuuuknya !!! Pokok-pokok dihadapan terminal semuanya berwarna kuning (sedikit layu) dan ada yang gugur. Melbourne sedang dalam peralihan ke musim sejuk pada masa itu.

Dari Terminal Antarabangsa saya dan isteri bergerak menuju ke Terminal 4 iaitu terminal tambang murah khas untuk pesawat Tiger Airways. Terminal ini jauh lebih kecil berbanding LCCT KLIA. Kami ada masa lebih kurang 4 jam lagi untuk penerbangan seterusnya ke Sydney menggunakan khidmat pesawat Tiger Airways iaitu pelapasan jam 1.30 petang. Sebenarnya, saya memilih untuk transit dan tukar pesawat di Melbourne kerana Airasia belum lagi memperkenalkan laluan terus KL-Sydney semasa saya menempah tiket penerbangan ke Melbourne. Jadi, salah satu cara untuk sampai ke Sydney pada masa itu dengan kos yang murah adalah dengan menggunakan pesawat Tiger Airways. Walaupun mengambil masa yang agak lama dalam perjalanan setelah mengambil kira masa transit, namun saya berpuas hati kerana berpeluang melihat suasana bandar-bandar di Australia.

Menggunakan pesawat Tiger, kami tiba di Terminal Domestik lapangan Terbang Sydney pada jam 3.05 petang. Dari terminal, saya telah merancang untuk menggunakan mode pengangkutan rel atau komuter untuk sampai ke Pusat Bandar. Namun agak malang, perkhidmatan rel tiada pada hari tersebut kerana sedang dibaiki/dinaik taraf. Orang kata, setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Di sebalik kesukaran mungkin ada kemudahan. Pihak airport dan mungkin juga pihak rel/komuter telah menyediakan pengangkutan alternatif ke pusat bandar secara “PERCUMA” pada hari berkenaan iaitu menggunakan perkhidmatan Bas Shuttle.

Jam 2.00 petang, dengan hanya berjalan kami selama 5 minit dari Central Station kami pun tiba di hotel penginapan kami iaitu The Great Southern Hotel di Geogre Street. Hotel ini sangat-sangat saya sarankan bagi sesiapa yang berhasrat ke Syndey khasnya yang pertama kali menjejak kaki ke sana kerana:

1. Berhampiran Central Station (Stesyen Bas dan Keretapi) untuk ke Airport dan bergerak di dalam Bandar Sydney dan juga wilayah2 Australia yang lain.

2. Geogre Street (Lokasi Hotel) adalah laluan bas percuma dalam Bandar yang beroperasi dari jam 9 pagi sehingga jam 3 atau 5 petang bergantung pada jadual.

3. Terdapat restoran halal milik orang Malaysia berhampiran hotel iaitu Kasturi Café (Tidak sampai satu minit pun berjalan kaki dari hotel).

4. Di bahagian belakang hotel, terletaknya pasar dan pusat beli-belah terkenal di Sydney iaitu Paddy Market/City Market. Boleh cari makanan dan minuman halal di sini serta internet berbayar.

5. Harga munasabah dan selesa. Hotel juga akan menawarkan harga yang lebih murah pada saat-saaat akhir.

Setelah Check In…pengisian hari pertama dihabiskan dengan berehat di hotel kerana terlalu penat dan mengantuk. Bersambung….

Advertisements

About kembara gemilang
Seorang yang minat mengambil ruang dan peluang untuk meneroka, menjelajah dan menikmati alam ciptaan Ilahi

2 Responses to Trip ke Melbourne-Sydney-Canberra 2012_Hari Pertama (Part 1)

  1. cece says:

    seronoknya travel kat oz ni.. kalau melancong ke oz ni mesti tahu berbahasa inggeris ke.

    • Daripada pengalaman dan pengamatan sy sendiri…kemahiran Berbahasa Inggeris mmg diperlukan namun memadai kita tahu yg asas shja seperti memahami bahan bercetak spt buku panduan,Borang2, signboard dan apa2 yg ada kat skrin. Pada dasarnya, bg saya dunia ini tidak adil jika org yg tdk mahir BI x boleh mengembara. So, saya galakkan sesiapa yg ada keberanian, pergilah mengembara walaupun dgn pengetahuan BI yg asas. Apa yang penting, kumpulkan maklumat seberapa bnyk yg ada mengenai lokasi yg dituju sebelum bertolak dan dapatkan no. kedutaan Malaysia utk persediaan kecemasan nanti. Secara jujurnya, semua perjalanan yg saya catatkan di sini adalah perjalanan pertama kali/berulang tanpa bimbingan sesiapa melainkan hanya bergantung kpd pembacaan dan aplikasi “Google Maps” shja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: